Selamat Datang Ke Laman Rasmi Sjkc Chung Hwa Jitra..
HOME PENTADBIRAN GURU/STAF PROFIL SEKOLAH SEJARAH SEKOLAH TAKWIM PENCAPAIAN SEKOLAH

Sunday, March 22, 2015

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH 


Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Jitra ditubuhkan pada 5 Mei 1916 oleh En. Xie Yu Ting, En. Chen Ru Xing, En. Li De Bu dan En.Liao Zi Qing. Pada masa itu pelajar adalah sedikit sahaja.

Pada asalnya, sekolah ini adalah sebuah sekolah persendirian yang ditubuhkan oleh orang Hokkien dan orang Canton. Kemudian tapak sekolah persendirian ini dibina menjadi blok A dan blok B yang sedia ada sekarang. En. Xie Yu Ting, En. Chen Ru Xing, En. Li De Bu dan En.Liao Zi Qing sebulat suara telah menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Chung Hwa Awam Jitra. Pada awalnya, mereka hanya menyewa sebuah rumah kecil di Jalan Ibrahim dan kemudiannya ia dijadikan sebagai blok A.

Selepas berlakunya satu kebakaran, bannguna sekolah ini hampir musnah. Tetapi atas usaha dan sokongan En.Huang Zhen Po, dua buah bilik darjah dapat dibina semula. Kos pembinaan ini dibayar secara ansuran.

Untuk mengenang jasa dan budi baik tokoh-tokoh seperti  En.Li De Po, En. En Xie Yu Ting dan En. Lai Feng Wang, mereka telah diberi penghormatan sebagai Pengerusi Sekolah tetap, manakala En Chen Ping Zi  pula di gelar sebagai Guru Besar tetap.

Pada 8 Disember 1941, askar Jepun mula menyerang dan menjajah negara selama tiga tahun lapan bulan. Suasana pada masa itu sangat cemas sehingga sekolah terpaksa ditutup buat sementara waktu. Selepas keadaan semakin pulih, sekolah ini dibuka semula. Dengan pertambahan bilangan murid, sebuah bangunan yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibina pada tahun 1953. Bangunan ini ialah blok B sekarang.

Dengan sokongan penuh Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, En.Li Lai Cheng, kemudahan-kemudahan sekolah mulai bertambah. En.Li telah bersara pada tahun 1981 setelah berkhidmat selama 34 tahun di sekolah ini.

Pada tahun 60'an , beberapa tahun selepas kemerdekaan, Lembaga Pengurus Sekolah yang diketuai oleh Pengerusi En.Xu Zhong Yang  telah membeli sebidang tanah  seluas lima relong untuk membina bangunan baru.

Pada tahun 1973, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina iaitu blok C sekarang. Pada tahun 1984, jalan di blok C telah siap dibina sementara itu PIBG sekolah juga membina sebuah padang untuk kegunaan sukan. Tiga tahun kemudian, pasukan bola sepak Huan Lian yang diketuai oleh En. Yu Di Min  telah mengambil inisiatif menyiapkan padang sekolah. Pemaju Ren Cheng, telah memberi sumbangan tanah merah dan separuh kos perbelanjaan untuk meratakan padang sekolah ini. Pemain-pemain bola sepak pula bertanggungjawab meratakan dan menanam rumput di padang tersebut.

Pada tahun 1985, asrama guru telah diubah suai menjadi empat buah bilik darjah. Sebuah jawatankuasa pembinaan telah ditubuhkan. Pengerusinya ialah En.Zheng Shi Yi. Pada tahun 1991, satu majlis diadakan sempena menyambut ulang tahun sekolah yang ke- 75. Tan Sri Osman Aroff iaitu Menteri Besar Kedah pada ketika itu telah merasmikan majlis tersebut.

Pada tahun 1994, dengan inisiatif ahli-ahli  Lembaga Pengurus dan kerjasama semua pihak, sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina iaitu blokD sekarang. Pada 24 Oktober 1996, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah merasmikan pembukaan blok D dan pertengahan April 2000, sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina (blok E ). Projek ini diketuai oleh En. Liu Long Kun sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan. Kemudahan infrastruktur sekolah ini menjadi lengkap dengan terbinanya sebuah dewan serbaguna dan sebuah bilik guru berhawa dingin di atas ruang tanah antara blok D dan blok E.

Pada 2 Disember 2004, Dato' Seri Dr Ling Liong Sik dijemput hadir untuk upacara pembukaan rasmi blok D dan E. Kini sekolah ini telah berjaya mencapai prestasi dan imej yang memberangsangkan serta membanggakan dalam bidang akademik dan kokurikulum.



LENCANA SEKOLAH




Nama Sekolah  

SJK(C) CHUNG HWA

Alamat

JALAN DATO’ OSMAN AROF 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Daerah 

KUBANG PASU

Kod Sekolah

KBC 4042

No. Telefon 

 04-9173481

No. Faks

04-9173481

E-mail

chunghwa.ppdkp@gmail.com

Laman Web 

sjkchunghwa.blogsport.com

Nama Guru Besar  

LOH ENG PIN

Nama PK Pentadbiran

LOH FOO SAN

Nama PK HEM

LEE POI LANG

Nama PK Kokurikulum

OOI SHEW CHENG 

Jumlah Guru

45 ORANG

Jumlah Kakitangan Bukan Guru

3 ORANG

Jumlah Murid

684 ORANG

Moto Sekolah 

RAJIN BERUSAHA, TELITI BERWASPADA, JUJUR IKHLAS   DAN RENDAH DIRI           


VISI


Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera.



MISI


Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.